BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 24, 2008

Semalam Punya Cacatan

Hari ini 23 Ogos merupakan hari yang cukup memenatkan bagi diri Putera_Kelate. Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang hari, ada berita suka, ada berita sedih dan macam-macam lagi perkara yang boleh dikongsikan bersama. Bermula jam 8.00 pagi tadi, Putera_Kelate keluar dari rumah untuk menuju ke pusat peperiksaan, bagi menempuh ujian kemasukan Perkhidmatan Awam bagi jawatan Perkhidmatan Awam Gred 41.

Perjalanan dari rumah menuju ke Sekolah Menengah Zainab (1) hari ini cukup memenatkan. Walaupun agak berat untuk Putera_Kelate melangkahkan kaki menuju kesana, tapi Putera_Kelate tetap bulatkan tekat untuk mengambil peperiksaan tersebut. datang tanpa membuat persediaan rapi bagi, menjalani ujian tersebut merupakan satu tindakan yang kurang bijak dilakukan oleh Putera_Kelate. Perjalan dari rumah ke pusat peperiksaan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Hal ini disebabkan keaddan jalan yang agak sesak di awal pagi. Buat kali pertama Putera_Kelate dari rumah seawal pagi. Kebisaanya Putera_Kelate akan keluar dari rumah seawal jam 10.00 pagi.

Tapi hari ini berlainan pula, terpaksalah keluar awal, hal ini kerana peperiksaan akan bermula tepat jam 9.00 pagi. Tepat 8.30 sampailah Putera_Kelate di pusat peperiksaan. Alangkah terkejutnya Putera_Kelate, bila melihat ramai juga kenalan Putera_Kelate yang menduduki peperiksaan hari ini. Baik semasa berada di Universiti mahupun di semasa menuntut di sekolah.

Tepat jam 9.00 peperiksaan bermula. Pusat peperiksaan yang Putera_Kelate jalani ialah Dewan Sekolah Menengah Zainab (1), Jalan Telipot, Kota Bharu. Bermula dengan kertas pertama Pengetahuan Am, diikuti dengan Penyelesaian Masalah, Esei, Pengetahuan Bahasa dan diakhir dengan sahsiah diri. Kesemua ini perlu dilalui oleh mereka yang memohon jawatan Pegawai Gred 41 bagi perkhidmatan awam.

Tepat jam 4.30 petang berakhirlah peperiksaan tersebut. Semasa hendak pulang Putera_Kelate berjumpa dengan seorang kenalan Putera_Kelate, semasa sama-sama menuntut di Universiti. Beliau mengajak Putera_Kelate untuk menikmati minum petang bersamanya. Tanpa berlegah, Putera_Kelate pun berhenti disebuah kedai untuk menikmati minum petang. Semasa minum petang, Putera_Kelate sempat bertanyakan tentang aktiviti yang dijalankan olehnya pada masa sekarang. Beliau memberitahu bahawa, beliau bertugas disebuah syarikat yang mengelurakan barangan halal di Kuala Lumpur. Semasa bersama beliau petang tadi, banyak perkara yang telah dikongsikan oleh beliau kepada Putera_Kelate. Beliau menceritakan keperitan berada di Kota Metropolitan seperti Kuala Lumpur. Banyak juga input dan maklumat yang Putera_Kelate dapat dari beliau. Barulah Putera_Kelate tahu bahawa beliau seorang yang cekal dan gigih berusaha. Mengenagkan cerita yang beliau kongsikan Putera_Kelate tadi, rasa nak menitiskan air mata, mengenangkan kecekalan beliau menempuh hidup ini, semasa berada di Kota Metropolitan.

Beliau juga berkongsi sebuah cerita kepada Putera_Kelate, supaya jadikan kisah tersebut sebagai iktibar buat diri Putera_Kelate. Walaupun sejauhmana kita berada, agama perlu diutamakan. Setiap perkara yang dibuat mestilah difikirkan sedalam-dalamnya. Selain itu, beliau juga berpesan, kalau mahu hidup di Bandar besar, kita perlu kuat untuk menangkis segalam ancaman terutama dari nafsu dan godaan syaitan. Jika silaip langkah buruk padahnya. Banyak juga perkara yang dipelajari oleh Putera_Kelate sepanjang bersama beliau.

Lebih kurang jam 5.00 petang Putera_Kelate berlotak pulang kerumah. Sepanjang perjalanan pulang, banyak perkara berlegar-legar di fikiran Putera_Kelate. Bagi mengurangkan kekusutan fikiran memikirkan perkara yang bermain di minda, Putera_Kelate mengambil keputusan untuk merehatkan kepada dengan melayari internet di sebuah cyber cafĂ©. Tempat tuh merupak “port” bagi Putera_Kelate untuk melayari internet. Bagi meredakan kekusutan kepala, Putera_Kelate pun melayari www.kelate.net. Sebuah forum yang Putera_Kelate jadikan tempat untuk meredakan kekusutan fikiran.

Tepat jam 5.45 petang, Putera_Kelate pun keluar dari CC tersebut, untuk menuju pulang kerumah. Tanpa berlengah, Putera_Kelate menghidupkan Kuda Tua Putera_Kelate, meuju kerumah. Sampai di pertengahan jalan, menuju kerumah, Putera_Kelate terkejut melihat berlaku kesesakan lalu lintas. Lantas tergambar di kotak fikiran Putera_Kelate kalau tidak pemeriksaan polis tentu kemalangan jalan raya. Tekaan Putera_Kelate amat tepat sekali, iaitu kemalangan jalan raya.

Kemalangan tersebut melibatkan seorang penunggang motosikal dengan kereta. Putera_Kelate sempat berhenti seketika bertanyakan bagaimana kejadian tersebut berlaku. Menurut saksi di tempat kejadian, kereta tersebut hendak membuat pusingan U, dalam keadaan laju kereta tersebut tidak dapat dikawal dan telah merempuh motosikal tersebut. Kejadian tersebut telah meragut nyawa penunggang motosikal dan seorang lagi pemboncengnya terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sehubungan dengan ini Putera_Kelate ingin memohon jasa baik pembaca untuk menghadiahkan “A-Fatihah” buat Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya…..Amin….

.

0 comments: