Bulan sembahyang merupakan satu aktiviti yang telah dirangka oleh kerajaan Negeri Kelantan, dalam memupuk dan memberikan kesedaran tentang peri pentingnya solat bagi umat Islam. Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut, kita perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan solat atau sembahyang. Solat atau sembahyang dalam bahasa melayu bererti doa. Manakala mengikut istilah syarak solat merupakan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Solat adalah rukun Islam yang kedua. Solat fardu
Hasil dari peristiwa penting ini, Kerajaan Negeri Kelantan, di bawah kepimpinan ulama’ selaras dengan dasar “Membangun Bersama Islam” telah menjadi pelopor dalam menggerakkan aktiviti ini. Pelancaran Bulan Sembahyang peringkat negeri telah merupakan salah satu agenda penting pihak kerajaan negeri dalam membentuk modal insane yang mempunyai sahsiah dan keterampilan diri selaras dengan tuntutan agama. Sememangnya aktiviti ini banyak membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan solat dan menjaga solat tersebut. Semasa mula-mula ia dilancarkan semua orang terfikir kepada Bulan Rejab, kenapa tidak dijalan di bulan lain, tapi bila dihayati dan dikaji semula, Bulan Rejab dipilih adalah disebabkan oleh peristiwa “Israk dan Mikraj yang membawa kepada kejawipan solat bagi umat islam. Bersempena dengan peristiwa ini, maka Kerajaan Negeri Kelantan telah mengistiharkan Bulan Rejab sebagai Bulan Sembahnyang Peringkat Negeri Kelantan.
Setiap tahun kerajaan Kelantan dibawah Kepimpinan Tok Guru, menyediakan peruntukkan khusus bagi program tersebut. Program ini dijadikan acara tahunan pihak kerajaan sebagai satu medium penyampai untuk mendidik masyarakat. Walaubagaimana pun, ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa program ini tdak memberikan impak, namun kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri Kelantan, sememangya wajar mendapat pujian dan penghargaan. Kesungguhan pihak kerajaan untuk melihat sinar islam terus berkembang di bumi Kelantan, boleh dijadikan contoh oleh pihak lain. Penyerapan nilai-nilai agama ini penting dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi aqidah, sahsiah diri dan sebagainya sepertimana yang telah di syariatkan oleh Allah dalam Al-Quran. Jadi tidak hairanlah jika Kelantan dikatakan sebuah negeri yang telah mempelopori perubahan sama ada dalam bbidang pentadbiran mahupun bidang-bidang lain.
0 comments:
Post a Comment