BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 30, 2008

Tok Guru Ambo



Tok Guru Ambo dan Tok Guru Seluruh Rakyat Kelantan Darul Naim



Ulama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited



Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.


Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.



Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.


"Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.


Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.


Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan.



Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.



Ahli Parlimen Yang Komited



Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.


Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.


Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.



Dikagumi Kawan Dan Lawan


Kemudian dalam pilihanraya umum yang berlangsung pada 21 Oktober lalu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekali lagi memenangi kerusi DUN Semut Api. Beliau mengalahkan calon BN, Haji Wan Muhammad Wan Yusof dengan mendapat kelebihan undi sebanyak 6,993. Suatu pencapaian yang paling tinggi sekali di kalangan para ADUN yang lain! Sekaligus membuktikan kewibawaan dan kepopularan beliau yang tidak boleh disangkal lagi!.


Selain dari menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Beliau adalah satu-satunya tokoh ulama yang paling dihormati dan disegani , digeruni dan dikagumi baik oleh kawan mahupun oleh lawan.


Kini suasana politik di negeri Serambi Mekah ini kelihatan begitu tenang dan mantap. Rakyat merasa lebih bebas dan lebih selesa hidup di bawah pemerintahan Islam pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Mungkin juga berkat kepimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang selama ini memang terkenal sebagai seorang ulama yang warak dan kuat beribadat.



Latarbelakang Keluarga Dan Pendidikan


Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.



Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.


Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.


Pulang Ke Tanahair



Setelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya. Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu – sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan.



Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka – kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan!.



Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal. Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum.



Ceburi Bidang Politik

Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.


Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.
Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.



Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.


Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat


Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.



Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.


Alam Rumahtangga

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak kira-kira 30 tahun yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak – 5 lelaki dan 5 perempuan. Salah seorang (yang sulung) daripada mereka – Noor Aini namanya – kini bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.


Kerajaan Misali


Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.


Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.


Di sinilah – di Medan Ilmu – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.

Oleh :
LOTFI ISMAIL

Merdeka Oh Merdeka


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.w.t, kerana dengan limpah kurniaNya, kita semua akan merayakan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tercinta iatu Malaysia yang ke- 51 pada 31 Ogos 2008 bersamaan dengan 29 Rejab 1429.




Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan, kita kepada jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Kerana merekalah yang telah bertungkus-lumus berkorban demi memerdekakan tanah air yang tercinta dari belenggu penjajah. Tanpa perjuangan dan kesedaran dari mereka, mungkin kita tidak akan berada seperti hari ini.



Sebagaimana yang kita ketahui, hampir 300 tahun, tanah air kita dijajah oleh kuasa asing. Antara kuasa asing yang pernah menjadikan tanah air kita sebagai jajahan takluk mereka ialah bermula dari British, Belanda, dan Jepun. Ketiga-tiga negara penjajah ini, telah meninggalkan 1001 rasa kepada penduduk tanah air kita.




Bila kita kenang kembali, sejarah sorotan kemerdekaan, kita pasti akan terkenang jasa dan pergorbanan tokoh perjuangan kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar, Leftenan Adnan dan ramai lagi tokoh perjuangan lain yang dianggap pejuang sejati oleh pihak British. Namun begitu, kita tidak boleh melupakan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri seperti Ibrahim Hj Yaakub (PakSako), Ahmad Bostaman, Yusuf Hj Ishak dan ramai lagi pejuang bangsa yang telah dilahirkan.



Ini kerana merekalah yang mula-mula meniup semanagat kebangkitan melawan penjajah melalui tulisan dan karya agung yang berjaya menyatupadukan penduduk Tanah Melayu untuk bangkit menentang penjajah.



Bertitik tolak dari merekalah, lahirnya semangat Nasionalisme dikalangan rakyat tempatan untuk bangkit melawan penjajah. Maka Lahirlah pejuang-pejuang kebangsaan seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan beberapa orang pejuang lain yang meneruskan perjuangan memerdekakan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan.




Mereka menuruskan kesinambungan semagat perjuangan yang telah dimulakan oleh Pahlawan melayu terdahulu seperti Tok janggut, Mat Kilau, Tok Gajah, Dol Saiq, Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi tokoh perjuangan Melayu yang lain.


Dalam pada itu, golongan agama atau juga kita tidak boleh lupakan. Mereka juga banyak membantu menerapkan semanagat perjuangan dikalangan masyarakat. Antara tokoh yang terlibat menggerakkan semangat ini ialah Tok Kenali, Dr. Burhanuddin el-Helmy dan ramai lagi tokoh umalak tersohor dari seluruh tanah air yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan.


Oleh itu, kita semua perlu berterima kasih kepada pejuang-pejuang dahulu, kerana telah bersusah payah membebaskan tanah air kita dari terus jajah oleh orang asing. Tanpa perjuangan dari mereka, mungkin kita tidak akan berada dalam keadaan seperti sekarang.


Kita juga perlu menanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah menganugerahkan satu nikmat yang tidak ternilai bagi seluruh warga rakyat Malaysia iaitu nikmat KEMERDEKAAN.


Syukur Alhamdulillah...


"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 51- Perpaduan Teras Kejayaan"







Thursday, August 28, 2008

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Mulia


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut satu kedatangan bulan yang cukup mulia. Bulan yang penuh dengan 1001 rahmat buat umat Islam iaitu bulan Ramadhan.


Satu bulan yang menjanjikan peluang untuk kita membuat amalan, kerana pahala amalan pada bulan ini sangat besar ganjaranya berbanding dengan bulan-bulan lain.




Pada tahun kita, seluruh umat islam akan menyambut kedatangan Ramadhan atau bulan puasa pada 1 September 2008. Iaitu jatuh pada hari Isnin. Semoga dengan kedatangan bulan yang penuh dengan rahmat ini, akan menghadirkan 1001 satu sinar dalam hidup kita, sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Tuesday, August 26, 2008

Kisah Si Penjual Keropok



Semalam sudah pun berlalu, tapi banyak perkara yang telah di lalui oleh diri Putera_Kelate. Kenangan semalam telah banyak membantu dan mengajar diri Putera_Kelate erti sebuah kehidupan. Semalam selepas pulang dari latihan badminton bersama geng KelateDotNet, Putera_Kelate bersama ahli komuniti lain merancang untuk melepaskan lelah di tempat biasa ( Mamak Spicey sebuah tempat makan yang agak popular di Bandar Kota Bharu).

Semasa sedang minum bersama rakan-rakan. Putera_Kelate dikejutkan dengan seorang abang yang datang memberi salam dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Putera_Kelate dan rakan-rakan. Terkejut juga pada peringkat awalnya.

Selepas bersalam, abang tersebut mengeluarkan barangan yang dibawanya, lalu diperkenalkan kepada Putera_Kelate dan rakan. Rupa-rupanya, Abang tersebut menjual keropok. Disini Putera_Kelate ingin berkongsi tetang perihal diri abang si penjual keropok tadi.

Walaupun beliau orang kurang upaya (OKU), kegigihan beliau menjualkan keropok demi mencari sesuap rezeki begitu menyentuh hati Putera_Kelate. Terdetik di fikiran Putera_Kelate keperitan yang dialami oleh abang si penjual keropok untuk mendapatkan sesuap rezeki buat menyara dirinya dan keluarga. Ketabahan dan ketekunan abang si penjual keropok boleh dijadikan contoh oleh kita semua sebagai orang yang sempurna demi mencari sesuap rezeki. Keadaan fizikal beliau, tidak pernah menghalang beliau, untuk mencari sesuap rezeki yang halal bagi menyara kehidupanya.

Begitulah, keperitan mencari sesuap rezeki untuk di suapkan kedalam mulut kita. Sebenarnya keperintan inilah yang banyak mengajar kita, supaya menghargai dan mensyukuri setiap titisan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita. Jadi kita sebagai hambaNya perlulah berterima kasih diatas kurniaan rezeki tersebut.


bersambung lagi...




Sunday, August 24, 2008

Semalam Punya Cacatan

Hari ini 23 Ogos merupakan hari yang cukup memenatkan bagi diri Putera_Kelate. Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang hari, ada berita suka, ada berita sedih dan macam-macam lagi perkara yang boleh dikongsikan bersama. Bermula jam 8.00 pagi tadi, Putera_Kelate keluar dari rumah untuk menuju ke pusat peperiksaan, bagi menempuh ujian kemasukan Perkhidmatan Awam bagi jawatan Perkhidmatan Awam Gred 41.

Perjalanan dari rumah menuju ke Sekolah Menengah Zainab (1) hari ini cukup memenatkan. Walaupun agak berat untuk Putera_Kelate melangkahkan kaki menuju kesana, tapi Putera_Kelate tetap bulatkan tekat untuk mengambil peperiksaan tersebut. datang tanpa membuat persediaan rapi bagi, menjalani ujian tersebut merupakan satu tindakan yang kurang bijak dilakukan oleh Putera_Kelate. Perjalan dari rumah ke pusat peperiksaan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Hal ini disebabkan keaddan jalan yang agak sesak di awal pagi. Buat kali pertama Putera_Kelate dari rumah seawal pagi. Kebisaanya Putera_Kelate akan keluar dari rumah seawal jam 10.00 pagi.

Tapi hari ini berlainan pula, terpaksalah keluar awal, hal ini kerana peperiksaan akan bermula tepat jam 9.00 pagi. Tepat 8.30 sampailah Putera_Kelate di pusat peperiksaan. Alangkah terkejutnya Putera_Kelate, bila melihat ramai juga kenalan Putera_Kelate yang menduduki peperiksaan hari ini. Baik semasa berada di Universiti mahupun di semasa menuntut di sekolah.

Tepat jam 9.00 peperiksaan bermula. Pusat peperiksaan yang Putera_Kelate jalani ialah Dewan Sekolah Menengah Zainab (1), Jalan Telipot, Kota Bharu. Bermula dengan kertas pertama Pengetahuan Am, diikuti dengan Penyelesaian Masalah, Esei, Pengetahuan Bahasa dan diakhir dengan sahsiah diri. Kesemua ini perlu dilalui oleh mereka yang memohon jawatan Pegawai Gred 41 bagi perkhidmatan awam.

Tepat jam 4.30 petang berakhirlah peperiksaan tersebut. Semasa hendak pulang Putera_Kelate berjumpa dengan seorang kenalan Putera_Kelate, semasa sama-sama menuntut di Universiti. Beliau mengajak Putera_Kelate untuk menikmati minum petang bersamanya. Tanpa berlegah, Putera_Kelate pun berhenti disebuah kedai untuk menikmati minum petang. Semasa minum petang, Putera_Kelate sempat bertanyakan tentang aktiviti yang dijalankan olehnya pada masa sekarang. Beliau memberitahu bahawa, beliau bertugas disebuah syarikat yang mengelurakan barangan halal di Kuala Lumpur. Semasa bersama beliau petang tadi, banyak perkara yang telah dikongsikan oleh beliau kepada Putera_Kelate. Beliau menceritakan keperitan berada di Kota Metropolitan seperti Kuala Lumpur. Banyak juga input dan maklumat yang Putera_Kelate dapat dari beliau. Barulah Putera_Kelate tahu bahawa beliau seorang yang cekal dan gigih berusaha. Mengenagkan cerita yang beliau kongsikan Putera_Kelate tadi, rasa nak menitiskan air mata, mengenangkan kecekalan beliau menempuh hidup ini, semasa berada di Kota Metropolitan.

Beliau juga berkongsi sebuah cerita kepada Putera_Kelate, supaya jadikan kisah tersebut sebagai iktibar buat diri Putera_Kelate. Walaupun sejauhmana kita berada, agama perlu diutamakan. Setiap perkara yang dibuat mestilah difikirkan sedalam-dalamnya. Selain itu, beliau juga berpesan, kalau mahu hidup di Bandar besar, kita perlu kuat untuk menangkis segalam ancaman terutama dari nafsu dan godaan syaitan. Jika silaip langkah buruk padahnya. Banyak juga perkara yang dipelajari oleh Putera_Kelate sepanjang bersama beliau.

Lebih kurang jam 5.00 petang Putera_Kelate berlotak pulang kerumah. Sepanjang perjalanan pulang, banyak perkara berlegar-legar di fikiran Putera_Kelate. Bagi mengurangkan kekusutan fikiran memikirkan perkara yang bermain di minda, Putera_Kelate mengambil keputusan untuk merehatkan kepada dengan melayari internet di sebuah cyber cafĂ©. Tempat tuh merupak “port” bagi Putera_Kelate untuk melayari internet. Bagi meredakan kekusutan kepala, Putera_Kelate pun melayari www.kelate.net. Sebuah forum yang Putera_Kelate jadikan tempat untuk meredakan kekusutan fikiran.

Tepat jam 5.45 petang, Putera_Kelate pun keluar dari CC tersebut, untuk menuju pulang kerumah. Tanpa berlengah, Putera_Kelate menghidupkan Kuda Tua Putera_Kelate, meuju kerumah. Sampai di pertengahan jalan, menuju kerumah, Putera_Kelate terkejut melihat berlaku kesesakan lalu lintas. Lantas tergambar di kotak fikiran Putera_Kelate kalau tidak pemeriksaan polis tentu kemalangan jalan raya. Tekaan Putera_Kelate amat tepat sekali, iaitu kemalangan jalan raya.

Kemalangan tersebut melibatkan seorang penunggang motosikal dengan kereta. Putera_Kelate sempat berhenti seketika bertanyakan bagaimana kejadian tersebut berlaku. Menurut saksi di tempat kejadian, kereta tersebut hendak membuat pusingan U, dalam keadaan laju kereta tersebut tidak dapat dikawal dan telah merempuh motosikal tersebut. Kejadian tersebut telah meragut nyawa penunggang motosikal dan seorang lagi pemboncengnya terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sehubungan dengan ini Putera_Kelate ingin memohon jasa baik pembaca untuk menghadiahkan “A-Fatihah” buat Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya…..Amin….

.

19 Tahun Tok Guru Pimpin Kito




19 tahun Tok Guru pimpin kito

Rakyat hidup makmur penuh bahagio

Islam kito junjung adat kito jago

Tok sohlah dok nok bohong kato dok buat gapo sekaro


Dulu rama kato merentoh tigo bule

Kini sudah nyato bule semakin tere

Hati rasa banggo hidup pun raso tene

Kelate negeri kito menerajui perubahe


Agama Islam jadi dasar kito

Negeri kebajikan untuk rakyat jelato

Doa siang malam tok guru buat kijo

Nok tengok rakyat kelate hidup aman sentiaso


Takaful Kifalah untuk warga tuo

Ibu Tunggal Armalah pun Tok Guru ambik caro

Rumah Du’afah Cakno keluarga bahagio

Hok nih tok guru buat janganlah kito lupo


Maso mulo merintoh Tok Guru bue judi

Akaun hok ribo Tok Guru tolok tepi

Demo marah belako kato MB ikut hati

Hok nih ambo dok raso demo ni tok berapo reti


Gapo alasan demo nok lawan kawe

Hok mana Tok Guru buat kenal dengan Isle

Jangan kito loghat biarlah kita pehe

Baru kito nih sepakat pakat jago Kelate

Banggo Jadi Rakyat Tok Guru


Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan Darul Naim

Kawe raso banggo jadi rakyat Tok Guru

Duduk mana-mana semua orang tahu

Ramai pakat kato Tok Guru Pemimpin No.1

Pada rakyat jelato Tok Guru suko ambik tahu


Kawe raso banggo jadi rakyat Tok Guru

Seorang pemimpin tempat rakyat tupe ngadu

Bersikap terbuka tangani semua isu

Rakyat hidup seleso, aman damai bersatu padu


Membangun Bersama Islam dasar dijunjung

Agama islam, agama disanjung

Negeri Kelate tanah beruntung

Jadi sebutan seluruh semenangjung


Tok Guru baik hati semua rakyat suko

Disanjung tinggi tok kiro tuo mudo

Tok Guru berbudi rakyat Kelate berbahaso

Itu lambang kasih sejati, itu tando taat setio


Ramai oghe kenal Tok Guru Kito

Hidup sederhano, pandai pulop bekecep kiro,

Kawe ni gak tupe raso banggo,

Lalu kawe jawab tu lah dio Tok Guru Kito


Negeri Kelate, Negeri kebajike

Kota Bharu pulop Bandaraya Isle

Mari kito sokong mari kito pege

Semogo Tok Guru terus perintoh Kelate

Saturday, August 23, 2008

Carilah ketenangan di masjid, surau

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam

harakahdaily.net

Monday, August 11, 2008

Berpesan-Pesan

Sesatku menerung menginsafi diri

Pernahkah beramal sepanjang malam

Demikan perbandingan, perbandingan yang diberi

Pesanan nabi rasul pilihan

Dituntut kita bersifat sederhana

Sebarang langkah tingkah dan laku

Fahaman yang sempit jangan amalkan

Jangan ikutkan buaian nafsu

Berpesan-pesan kepada yang hak

Berpesan-pesan kepada yang kesabaran

Supaya kita tidak kerugian sebagai hamba Allah yang beriman



Nukilan:

Ustaz Akhil Hayy Rawa

BULAN SEMBAHYANG

Bulan sembahyang merupakan satu aktiviti yang telah dirangka oleh kerajaan Negeri Kelantan, dalam memupuk dan memberikan kesedaran tentang peri pentingnya solat bagi umat Islam. Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut, kita perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan solat atau sembahyang. Solat atau sembahyang dalam bahasa melayu bererti doa. Manakala mengikut istilah syarak solat merupakan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Solat adalah rukun Islam yang kedua. Solat fardu lima kali sehari semalam mula disyariatkan pada 27 Rejab iaitu semasa peristiwa “Israk dan Mikraj”. Peristiwa inilah yang membawa kepada permulaan solat bagi seluruh umat Islam.

Hasil dari peristiwa penting ini, Kerajaan Negeri Kelantan, di bawah kepimpinan ulama’ selaras dengan dasar “Membangun Bersama Islam” telah menjadi pelopor dalam menggerakkan aktiviti ini. Pelancaran Bulan Sembahyang peringkat negeri telah merupakan salah satu agenda penting pihak kerajaan negeri dalam membentuk modal insane yang mempunyai sahsiah dan keterampilan diri selaras dengan tuntutan agama. Sememangnya aktiviti ini banyak membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan solat dan menjaga solat tersebut. Semasa mula-mula ia dilancarkan semua orang terfikir kepada Bulan Rejab, kenapa tidak dijalan di bulan lain, tapi bila dihayati dan dikaji semula, Bulan Rejab dipilih adalah disebabkan oleh peristiwa “Israk dan Mikraj yang membawa kepada kejawipan solat bagi umat islam. Bersempena dengan peristiwa ini, maka Kerajaan Negeri Kelantan telah mengistiharkan Bulan Rejab sebagai Bulan Sembahnyang Peringkat Negeri Kelantan.

Setiap tahun kerajaan Kelantan dibawah Kepimpinan Tok Guru, menyediakan peruntukkan khusus bagi program tersebut. Program ini dijadikan acara tahunan pihak kerajaan sebagai satu medium penyampai untuk mendidik masyarakat. Walaubagaimana pun, ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa program ini tdak memberikan impak, namun kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri Kelantan, sememangya wajar mendapat pujian dan penghargaan. Kesungguhan pihak kerajaan untuk melihat sinar islam terus berkembang di bumi Kelantan, boleh dijadikan contoh oleh pihak lain. Penyerapan nilai-nilai agama ini penting dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi aqidah, sahsiah diri dan sebagainya sepertimana yang telah di syariatkan oleh Allah dalam Al-Quran. Jadi tidak hairanlah jika Kelantan dikatakan sebuah negeri yang telah mempelopori perubahan sama ada dalam bbidang pentadbiran mahupun bidang-bidang lain.





AKU DAN KAMERA

Lain padang, lain belalang,

Lain orang, lain ragamnya..

Itulah pepatah yang sering digunakan oleh masyarat terdahulu untuk menilai sesorang. Namun begitu pepatah ini masih lagi boleh diguna pakai dalam zaman moden ini. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan bahawa pepatah dulu tidak seseuai digunakan.

Bagi Putera_Kelate pula lain, tak kiralah pepatah lama atau baru, selagi ia sesuai digunakan. Disini Putera_Kelate ingin berkonsi sebuah kisah iaitu Aku Dan Kamera. Kamera merupakan satu alat penting yang perlu ada dan dimiliki oleh seseorang. Bagi pendapat Putera_Kelate kamera adalah sebahagian dari hidup Putera_Kelate. Kemana saja Putera_Kelate pasti kamera akan dibawa bersama. Tanpa kamera disisi, Putera_Kelate akan merasakan bahawa perjalanan atau pengembaraan yang dilalui itu tidak lengkap. Tujuan Putera_Kelate membawa kamera setiap kali keluar dari rumah adalah untuk merangkam saat-saat terindah atau pengalaman yang dikutip semasa berjalan atau bersiar-siar. Pengalaman yang dirakamkan dalam bentuk gambar ini mampu memberikan satu kepuasan bagi diri Putera_Kelate.

Bagi memenuhi hasrat dan mencapai kepuasan diri Putera_Kelate telah membeli sebuah kamera jenama Nikon yang berharga RM 500. Sebuah kamera digital yang kedua dibeli oleh Putera_Kelate, selepas kamera digital pertama jenama Genius hilang dari simpanan Putera_Kelate. Kamera ini merupakan salah satu asset yang paling Putera_Kelate sayangi selepas Motorsikal Ex-5. Walaupun kamera ini di panggil Kamera Cap Ayam Mengeram, namun kamera inilah yang telah banyak membantu Putera_Kelate merakamkan suka-suka, pahit maung dan bermacam-macam lagi bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan Putera_Kelate baik semasa menuntut di universiti mahupun masa bekerja.

Banyak jasa yang telah ditaburkan oleh kamera ini dalam merangkamkan suka duka sebuah kehipudan bagi putera. Tanpa kamera ini, mungkin Putera_Kelate terlepas banyak detik atau kenangan terindah yang tidak dapat dirakamkan.