BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 17, 2008

SUBJEK AGAMA WAJAR DIJADIKAN SUBJEK TERAS UNIVERSITI


Merujuk kepada artikel yang berjudul “ Subjek agama jadi teras di universiti elak gejala sosial” tulisan Nor Shafariza Mat Sakry dari Universiti Utara Malaysia. Pada dasarnya saya amat bersetuju jika pendidikan agama dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bagi seluruh IPT sebagi langkah membendung masalah gejala sosial dikalangan pelajar Institut Penjagian Tinggi (IPT).

Masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPT semakin menjadi-jadi dewasa ini. Kita sering dikejutkan dengan laporan media massa mahupun media elektronik tentang keruntuhan moral di kalangan pelajar IPT di seluruh Negara yang semakin hari semakin meruncing dan membimbangkan ramai pihak.

Sudah sampai masanya pihak universiti mengkaji dan membuat pindaan atau mengubal silibus pengajian yang dijalankan diseluruh IPT di Malaysia, dimana pihak universiti mahupun kolej seharusnya menjadikan matapelajaran agama sebagai matapelajaran wajib yang perlu diambil oleh pelajar untuk melengkapkan sesuatu krusus atau jurusan yang mereka ambil semasa menuntut di IPT.

Saya yakin dan percaya bahawa, melalui pengenalan subjek agama sebagai matapelajaran teras, dilihat sebagai satu langkah yang paling berkesan untuk membendung masalah keruntuhan moral dikalangan pelajar IPT. Melalui pendidikan agama ini kita dapat membentuk sasiah dan jati diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh agama. Kebanyakkan pelajar yang masuk ke IPT bukannya mempunyai asas agama yang kuat. Semasa saya menuntut di IPT, sebahagian daripada mereka mengaku bahawa, mereka jarang menunaikan solat, sedangan solat itu adalah tiang agama bagi mereka yang beragama islam. Ini merupakan satu perkara yang menyedihkan dan amat mengecewakan saya sebagai seorang muslim.

Langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah keruntuhan moral dikalangan pelajar IPT ini ialah kita kembali semula kepada pegangan agama. Islam kembali kepada Islam dan bukan islam kembali kepada agama yang dianuti oleh mereka. Setiap agama yang ada didunia ini mengarahkan setiap penganutnya melakukan perkara yang baik dan mencegah penganutnya melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Apabila kita kembali semula kepada pegangan agama yang kita anuti saya yakin dan percaya masalah ini dapat diatasai. Hanya kesedaran melalui agama sajalah yang mampu mendidik dan melahirkan insan yang mempunyai jasmani dan rohani yang kental untuk menepis anasir luar yang mampu menganggu gugat pegangang akidah seseorang.

MUHAMMAD YATIMIN ABDULLAH

MANTAN YANG DI PETUA

KOMUNITI AD-HOC MAHASISWA ANAK-ANAK KELANTAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (BPM (HONS)

0 comments: