ISLAM  agama yang menjamin kesejahteraan kepada ma nusia dunia dan akhirat. 
Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya  rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian. 
Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai  supaya kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah  tangga.
Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan  berakhlak dengan keperibadian Islam.
Bagi orang yang kefahaman agamanya  kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat, bertambah kusut, dihambur kata-kata  kesat dan diungkit segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan  kebencian.
Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa  yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.
Sabda  Rasulullah s.a.w bermaksud: Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana  hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber  agama, nescaya kamu akan diberkati Allah. (Riwayat Bu khari, Muslim dan  lain-lain) 
Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya  menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang  beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak. 
Sabda baginda bermaksud: Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu  boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak  perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan  berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.
Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi  beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah,  tidak bertakwa dan tiada kesedaran.
Pasangan suami isteri yang ideal  juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati  umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor.  Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di  tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar  di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan. (Riwayat ad-Dar al-Qutni,  al-As kari dan Ibnu 'Adi) 
Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang  gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan  seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan  Rasulullah secara berkias itu.
Calon pasangan suami isteri juga  seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat  dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan. 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Janganlah menikah dengan kaum  kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh  badannya dan tidak cerdik.รข€ 
Sabda Baginda lagi: Berkahwinlah dengan  orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum  kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak  sihat.
Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita  yang masih dara.
Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada  penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan  bekas suaminya yang dulu.
Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan  al-Baihaqi, maksudnya: Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu  berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar  (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang  sedikit.
Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih  pasangan.
Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan  adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli  keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.
Dalam hubungan ini ada  seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: Wahai Rasulullah saya  jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan  kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus  Rasulullah s.a.w melarangnya.
Kemudian lelaki itu datang dan bertanya  kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama. 
Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab  dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah  lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat  yang ramai
Friday, July 4, 2008
Pilih Pasangan Ikut Syariat
Posted by AnOkKeLaTe at 9:25 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment