Thursday, July 17, 2008
Jom Boikot Harian Metro
Posted by AnOkKeLaTe at 11:56 AM 0 comments
SUBJEK AGAMA WAJAR DIJADIKAN SUBJEK TERAS UNIVERSITI
Merujuk kepada artikel yang berjudul “ Subjek agama jadi teras di universiti elak gejala sosial” tulisan Nor Shafariza Mat Sakry dari Universiti Utara
Masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPT semakin menjadi-jadi dewasa ini. Kita sering dikejutkan dengan laporan media
Sudah sampai masanya pihak universiti mengkaji dan membuat pindaan atau mengubal silibus pengajian yang dijalankan diseluruh IPT di Malaysia, dimana pihak universiti mahupun kolej seharusnya menjadikan matapelajaran agama sebagai matapelajaran wajib yang perlu diambil oleh pelajar untuk melengkapkan sesuatu krusus atau jurusan yang mereka ambil semasa menuntut di IPT.
Saya yakin dan percaya bahawa, melalui pengenalan subjek agama sebagai matapelajaran teras, dilihat sebagai satu langkah yang paling berkesan untuk membendung masalah keruntuhan moral dikalangan pelajar IPT. Melalui pendidikan agama ini kita dapat membentuk sasiah dan jati diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh agama. Kebanyakkan pelajar yang masuk ke IPT bukannya mempunyai asas agama yang kuat. Semasa saya menuntut di IPT, sebahagian daripada mereka mengaku bahawa, mereka jarang menunaikan solat, sedangan solat itu adalah tiang agama bagi mereka yang beragama islam. Ini merupakan satu perkara yang menyedihkan dan amat mengecewakan saya sebagai seorang muslim.
Langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah keruntuhan moral dikalangan pelajar IPT ini ialah kita kembali semula kepada pegangan agama. Islam kembali kepada Islam dan bukan islam kembali kepada agama yang dianuti oleh mereka. Setiap agama yang ada didunia ini mengarahkan setiap penganutnya melakukan perkara yang baik dan mencegah penganutnya melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Apabila kita kembali semula kepada pegangan agama yang kita anuti saya yakin dan percaya masalah ini dapat diatasai. Hanya kesedaran melalui agama sajalah yang mampu mendidik dan melahirkan insan yang mempunyai jasmani dan rohani yang kental untuk menepis anasir luar yang mampu menganggu gugat pegangang akidah seseorang.
MUHAMMAD YATIMIN ABDULLAH
MANTAN YANG DI PETUA
KOMUNITI AD-HOC MAHASISWA ANAK-ANAK KELANTAN
UNIVERSITI UTARA
Posted by AnOkKeLaTe at 11:46 AM 0 comments
Keistimewaan Wanita
"Wanita Hiasan Dunia, Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah,
Yang Akan Membahagiankan Syurga Di Dalam Rumah Tangga"
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
Posted by AnOkKeLaTe at 11:37 AM 0 comments
Wednesday, July 16, 2008
KONSEP KEPIMPINAN
Dalam kita membicarakan atau membincangkan konsep kepimpinan, kita perlu paham apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan. Menurut Robbin dan Coulter (2002), yang mendefinisikan kepimpinan sebagai keupayaan dan kebolehan seseorang dalam mempengaruhi sesuatu kumpulan ke arah pencapaiaan sesuatu matlamat. Manakala Ahmad Atory (1998), mendefinisikan kepimpinan sebagai kejayaan seseorang dalam memimpin orang lain untuk melaksanakan sesuatu kerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat atau objektif (Halimah Ab.Manaf, et, al.,2005).
Berdasarkan definisi yang dikemukakan, maka dapat simpulkan bahawa kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi dan menyakinkan orang lain agar bekerja keras ke arah mencapai matlamat organisasi. Kepimpinan juga satu proses yang berterusan dalam memastikan matlamat yang diingini dapat dicapai serta berterusan seiring dengan perubahan yang berlaku dalam organisasi. Oleh yang demikian, kepimpinan berperanan penting dalam melaksanakan, merancang dan menentukan hala tuju sesebuah organisasi serta mengurus perubahan ke arah meningkatkan prestasi pekerja dan organisasi amnya (Halimah Ab.Manaf, 2005).
Terdapat banyak definisi tentang kepimpinan yang diterima umum. Definisi yang dikemukakan di sini menunjukkan persetujuan dari segi makna asas kepimpinan. Menurut Koontz dan O’Donnel, kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Manakala Gordon pula memberi definisi kepimpinan seperti berikut:
“Kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap memegang watak-watak tertentu yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Asas yang membezakan tadi ialah pengaruh iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut nmematuhi.” (Razali Mat Zin, 1998).
Menurut definisi ringkas yang dijelaskan oleh Fulmer, kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk menyakinkan orang lain bagi bekerja keras ke arah sesuatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya (Razali Mat Zin, 1988). Hollander pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah satu proses bagaimana pengaruh boleh mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan.
Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dengan kata lain melibatkan komunikasi dua hala. Tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi, kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin tetapi memerlukan usaha kerjasama daripada pengikut-pengikutnya (Razali Mat Zin, 1998). Seorang lagi ahli pengurusan iaitu James Gribben mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama (Razali Mat Zin, 1998).
Kebanyakan pakar yang mengkaji kepimpinan bersetuju bahawa kepimpinan ialah proses yang mana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain di dalam kumpulannya atau organisasi ke arah mencapai tujuan dan matlamat organisasi itu. Di dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkait dengan pengaruh iaitu seseorang pemimpin organisasi itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.
Kepimpinan juga sangat berkait rapat dengan emosi-emosi positif yang dikongsi di antara pemimpin dengan kakitangan-kakitangan yang di bawah pimpinannya dalam organisasi. Dalam erti kata lain mereka yang dipimpin bersetuju untuk dipengaruhi oleh pemimpin mereka disebabkan mereka itu menyukai, menghormati dan mengagumi pemimpin mereka iaitu disebabkan pemimpin itu mempunyai kuasa rasmi ke atas mereka ataupun disebabkan pemimpin itu memegang jawatan-jawatan khas (Abdulah Hassan Ainon Mohd, 2005).
Dengan ini, berdasarkan analisis yang dibuat ke atas definisi-definisi yang dikemukakan maka dapatlah dirumuskan mengenai ciri-ciri kepimpinan. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait rapat secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Kepimpinan juga mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa. Setiap keadaan memerlukan
Posted by AnOkKeLaTe at 3:53 AM 0 comments
Tuesday, July 15, 2008
Tepat jam 11 pagi, aku telah selamat sampai ke tanah tumpah darahku Kelantan Darul Naim. Penat rasanya di berada dalam perjalanan yang hamper memakan masa 7 jam. Namun aku tetap gagahkan diri ini untuk ku coretkan sekeping catatan yang cukup berharga untuk di kongsi bersama teman di blogku.
Tepat jam 9 malam pada 14 Julai 2008, aku bersama teman-temanku, telah mengikuti rombongan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Kelantan (AADK) ke Selangor. Sebaik sahaja menaikki bas, aku dan rombongan telah diberikan taklimat berkaitan dengan tentatif program. Walaupun kali pertama bersama mereka, ternyata aku tidak kekok untuk masuk dalam kumpulan mereka. Mungkin antara aku dan rakan-rakanku mempunyai sedikit kejelekitan yang membolehkan aku dan rakanku berada dalam kumpulan mereka.
Sepanjang perjalanan, hatiku berasa berdebar-debar, kerana aku belum pernah lagi melalui jalan Kuala Krai-Gua Musang- Kuala Lumpur. Maklumlah ini merupakan kali pertama aku melalui jalan tersebut. Sepanjang perjalanan aku dihidangkan dengan kabus malam dan suasana gelap yang agak sunyi. Namun begitu, aku sempat melihat keagungan ciptaan yang masa esa sepanjang perjalanan tersebut, Walaupun di luar tingkap bus disaluti cahaya yang gelap.
Tepat jam 12 malam, aku bersama rombongan telah berhenti di sebuah tempat makan untuk menjamu selera. Aku sempat menjamah sepingan
Jam 6.00 pagi pagi aku bersama rombongan selamat sampai di gombak. Aku dan rombongan sempat menunaikkan solat subuh berjemaah di Masjid Jamek Gombak. Suasana pagi yang dingin telah mengingatkan aku kenangan semasa belajar di universiti. Terkejut aku melihat aktiviti qiraah masjid yang begitu padat dengan segala macam program agama. Ini mengingatkan aku tentang suasana di kelantan. Nampaknya pihak masjid disitu, begitu menitik beratkan soal agama dalam kehidupan merea serta masyarakat sekitarnya.
Selesai solat subuh berjemaah, aku dan rombongan sempat menjamah sarapan pagi untuk mengisi perut yang kosong. Tepat jam 7.00 pagi, aku dan rombongan telah berlotak ke Persada sungai besi sebagai memenuhi acara rasmi bersama AADK. Sepanjang perjalanan aku dihidangkan dengan suasana kesibukan
Tepat jam 8.00 pagi aku dan rombongan telah selamat sampai ke Persada. Sebaik sampai aku dan teman-temanku tertanya-tanya apakan itu PERSADA. PERSADA adalah singkatan kepada “Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Daya Juang Abadi”. Persada merupakan sebuah tempat pemulihan dadah di bawah AADK. PERSADA telah ditubuhkan pada 1989. Pusat ini beroperasi sebagai sebuah Pusat Jagaan Lanjutan. Seterusnya dinaik taraf sebagai pusat serenti.
Sepanjang berada di PERSADA, aku dapat mempelajari ilmu baru iaitu “Terapi Kekeluargaan”. Kaedah ini digunakan untuk mendidik dan merawat bekas-bekas penagih yang telah di masukkan disini. Berada di PERSADA, banyak juga pengalaman baru yang akau dapat, satunya ialah cara hidup penagih dadah yang ditempatkan sini, suasa persekitaran dan aktiviti pelatih dan banyak lagi. Pelbagi gelagat dan
Cuma yang menyedihkan diriku ialah, rata-rata pelatih yang berada disini ialah mereka yang terdiri dari saudara se ugama dan sebangsa denganku iaitu Islam dan bangsa Melayu. Alangkah sedihnya hatiku bila melihat nasib anak bansaku dan saudara seugama dengan terlibat dengan najis dadah. “ Ya Allah, lingungilah hambamu dari berbuat perkara yang engkau tegah dan mengheretku kearah kemurkaanmu... amin ya Allah”
Rasanya sampai disini sahaja sempatku coretkan, sebuah catatan penglaman yang boleh aku kongsikan bersama teman-temanku. Semoga ianya menjadi renungan kita bersama. Yang baik itu dating dari Allah, dan yang buruk itu, adalah kelemahan diriku sendiri”. Tidak rugi rasanya aku ikut rombongan ini.
Nukilan Ikhlas…..
Putera_Kelate
Posted by AnOkKeLaTe at 10:16 PM 0 comments
Monday, July 14, 2008
Sedarkah Kita Wahai Umat Manusia
Hari ini kita melihat terlalu banyak kemungkaran yg berlaku di depan mata kita...adakah mampu utk kita mencegahnya? jawapannya kita perlu dan wajid sekiranya kita mampu dan klu tidak mampu cegahlah ia dengan hati kita agar kita juga tidak terlibat seperti mereka...
Wahai sahabatku sekalian, kata Ibrahim bin Adham (wali Allah), kamu boleh buat apa yg kamu suka, tapi ingat kamu akan dibalas oleh Allah...
Kamu boleh buat maksiat kalau kamu nak, tapi kamu kena ingat 5 perkara. Jika kamu mampu buat 5 perkara ini maka persilakan buat maksiat itu:-
1) kamu jangan tinggal di bumi Allah swt.
2) kamu jangan makan rezeki Allah swt.
3) kalau kamu mampu berselindung dari pandangan Allah swt.
4) kalau kamu boleh minta tangguh ajal maut kamu tatkala malaikat maut datang kepada mu.
5) kalau kamu boleh lawan malaikat zabaniah (penjaga neraka) datang utk mengheret kamu utk ke neraka.
Jika kamu boleh lakukan 5 perkara ini, maka silakan utk buat maksiat...
sekian wallahu a'lam..
Posted by AnOkKeLaTe at 4:10 AM 0 comments
KOTA BHARU LONING TOK SUPO MULO
Bila sebut Kota Bharu, mesti ramai akan teringkatkan Kelantan, sebuah negeri di sebelah Pantai Timur. Negeri yang kaya dengan budaya dan seni warisan yang begitu unik sekali di
Kota Bharu Loning Tok Supo Mulo, cukup begitu sinomin untuk di perkatakan dewasa kini. Jika dahulu orang menanggap bahawa Kota Bharu sebuah Bandar yang tidak pesat membangun pasti orang percaya. Hal ini kerana ramai yang tidak tahu sejauh mana pembangunan di Bandar
Jika sesiapa yang datang ke Bandar Kota Bharu hari ini pasti akan terkejut dan teruja melihat perubahan yang pesat belaku di Bandar
Pembanguan pesat di Kota Bharu telah banyak membuka mata ramai pihak yang sebelum ini mengkririk bahawa Kota Bharu tidak akan maju sampai bila, jika di bawah pimpinan yang tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi di peringkat Persetukuan. Namun begitu, tekaan semua meleset, walaupun berlainan pemerintahan Kota Bharu tetap mampu membangun setaraf dengan negeri lain, bak kata pepatah “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”.
Jika Bandar-bandar utama, begitu gah dengan mercu tandanya,
Sememangnya pada hari ini, Bandar Kota Bharu sudah pun gah dengan projek meganya, yang mampu menarik minat para pelabur untuk dating menanam modal di Kelantan. Antara projek yang boleh di katakan projek mega ialah Projek Tambatan tebing Sungai Kelantan, Pembangunan Bandar Baru Tunjung, KB Mall, Tesco, Pasaraya MyDin Hypermarket, Pelagi Mall dan bermacam-macam lagi.
Hasil pembangunan hari ini, lahir dari keikhlasan rakyat dan pemimpin negeri yang ingin melihat Kota Bharu terus berkembang dengan pesat. Sesungguhnya aku sebagai anak jati kelantan bangga dengan kemegahan Bandar Kota Bharu sekarang.
Posted by AnOkKeLaTe at 3:41 AM 0 comments
Surat Dari Anak Mak
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan......
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.......
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa....
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..... ...
Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat....
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.......
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek....
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann.. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....
Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... ..
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak.....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas....
makk....
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. ..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi....
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak....
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak...kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje....
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..
Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. ..
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.
* Tetap sedih bila send artikel ni...huhuhuhuhu
Posted by AnOkKeLaTe at 3:38 AM 0 comments
Thursday, July 10, 2008
Tudung
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
dipetik dari :
adib_n70@blogspot.com
Posted by AnOkKeLaTe at 8:46 PM 0 comments
Kisah Ulamak Dan Sultan Yang Adil
Pada suatu malam Sultan Harun Al-Rashid bersama-sama Al-Abas mengunjungi seorang ulamak Fudlail Iyadi di rumahnya. Tiba di hadapan rumahnya, baginda mendapati beliau sedang mengaji Al-Quran, dan kedengaran pada satu ayat yang bermaksud "Apakah orang yang beriman sama dengan orang yang derhaka? mereka tidak sama".
Sultan Harun Al-Rashid tunduk dan berkata kepada Al-Abas, "Andainya kita dapat mengambil hikmah dari ayat tadi, sungguh besar manfaatnya buat kita". Al-Abas mengangguk seolah merasa tersindir, bukan oleh ucapan sultan tadi, tetapi disebabkan bacaan oleh Fudlail Iyadil. Ia memanggil dengan suara yang amat keras. "Hai Fudlail, sultan datang untuk bertemu kamu, keluarlah engkau".
Ulamak yang warak itu menjawab dari dalam, "Apa sultan tidak tahu, apa yang seharusnya dilakukan oleh ulamak pada saat saat seperti sekarang, sehingga sultan sanggup bertemu di waktu malam?" Fudlail tidak mahu keluar, ia hanya membuka pintu, lalu duduk kembali di atas alas sembahyangnya dan memadamkan lampu. Didalam suasana gelap Fudlail tersentuh tangan sultan dan berkata "Alangkah halusnya tangan sultan di dalam gelap". Sultan terasa tersindir, ia sedar memang selama ini kelembutannya seakan-akan hanya nampak di tempat gelap sahaja, pada saat orang lain tidak melihat apa-apa yang sebenarnya sering di lakukan di luar pengetahuan rakyatnya.
Ia gementar apalagi ketika Fudlail melanjutkan ucapannya."Sayang tangan sehalus ini belum tentu selamat dari api neraka". Fudlail melanjutkan ucapannya tanpa prasaan takut. "Hai raja, hendaklah engkau bersiap-siap apabila tiba masanya diminta dipertanggungjawabkan di hadapan Allah berserta rakyat yang kau pimpin. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa diantara mereka yang paling keras ditanya dalam pengadilan Allah adalah penguasa yang mengambil haknya dari rakyat, tetapi dirinya tidak memberi manfaat kepada rakyat dan tidak sanggup melindungi mereka dari kezaliman atau aniaya iaitu raja yang dipatui oleh rakyat namun tidak memperlakukan sama antara yang kuat dengan yang lemah, tidak berlaku adil antara yang besar dengan yang kecil, serta kalau bercakap semahun-mahunya sendiri, hanya berdasarkan hawa nafsu belaka".
Mendengar perkataan Fudlail itu raja menangis tersedu-sedu, menyedari besarnya amanat yang harus di pikulnya dan alangkah dahsyatnya petaka yang akan menimpanya seandainya ia tidak dapat menunaikan kewajipan secara adil. Setelah melihat sultan bersedih hati, Al-Abas menegur dengan marahnya "Hai Fudlail, hentikan celotehmu! adakah engkau akan membunuh raja?". Lantas sultan berkata "Wahai guru yang baik terimalah hadiah dari saya sebanyak seribu dinar yang dibawa oleh Al-Abas ini".
Cepat Fudlail memotong, "Tidak saya tidak mahu menerima hadiahmu kerana saya tahu wang tersebut bukan benar-benar milikmu, kembalikanlah seribu dinar itu kepada orang-orang yang telah engkau ambil darinya". Raja pun berdiri dengan perasaan kecewa, tetapi telah memperolehi peringatan yang berguna, Harun Al-Rashid lalu keluar meninggalkan Fudlail yang berapa lama kemudian telah kembali membaca Al-Quran dan melakukan mutalaah sehingga jauh malam.
Posted by AnOkKeLaTe at 8:21 PM 0 comments
Friday, July 4, 2008
Pilih Pasangan Ikut Syariat
ISLAM agama yang menjamin kesejahteraan kepada ma nusia dunia dan akhirat.
Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian.
Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah tangga.
Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak dengan keperibadian Islam.
Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat, bertambah kusut, dihambur kata-kata kesat dan diungkit segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian.
Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah. (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)
Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.
Sabda baginda bermaksud: Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.
Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.
Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan. (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan Ibnu 'Adi)
Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah secara berkias itu.
Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Janganlah menikah dengan kaum kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik.â€
Sabda Baginda lagi: Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat.
Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara.
Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya yang dulu.
Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya: Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.
Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.
Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.
Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w melarangnya.
Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama.
Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat yang ramai
Posted by AnOkKeLaTe at 9:25 AM 0 comments
Mawar Idaman Lelaki.. Mutiara Syurga..
UntukMu Muslimah Mujahidah... ... ..
Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,segar mewangi di pelusuk dunia,setulus kasih sesuci embun,seindah mentari,seanggun rembulan.Cantik wanita kerana akhlaknya,lembut wanita kerana tutur katanya,mesra wanita kerana senyumannya,cekal wanita kerana keberaniannya,patuh wanita kerana setianya,sabar wanita kerana imannya,kasih wanita kerana belaiannya,lemah wanita kerana airmatanya,ikhlas wanita kerana simpatinya,dendam wanita kerana cemburunya,sayang wanita kerana sifat keibuannya.jadilah wanita yang sempurna
Serikandi muslimah yang sejati,hatinya akan sentiasa di miliki Ilahi dalam memperjuangkan agama islam.Binalah akhlakmu seindah muslimah sejati yang padanya terpancar nur iman bertakhtakan taqwa..Semoga kasih sayang ALLAH bersamamu... ...
Puteriku muslimah,
malu mu mahkota yang x perlukan singgahsana,ttp ia berkuasa mnjg diri & nama.Tiada siapa yang boleh merampasnya melainkan kau sendiri pergi menyerah diri.Ketegasanmu umpama benteng Negara & agama dr dirobohkn & jua dibinasakan Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara mahligai syurga tempatnya.
Buat mujahidah solehah,
dgn kecantikanmu,kau lbh elok dr matahari.Dgn akhlakmu,kau lbh wangi dr haruman.Dgn rndh hatimu kau lbh tinggi dr bln.Dgn kelembutanmu kau lbh halus dari rintihan..Maka peliharalah keindahan ini agar ka uterus menjadi syp kiri perjuangan islam,penegak kalimah Allah di muka bumi…..
Muslimah Yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
Muslimah yang dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
Muslimah yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi laranganNya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
Muslimah yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak di duga.
By me... .
-EgyPtPrINcEss-
2008
Posted by AnOkKeLaTe at 9:15 AM 0 comments