BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 24, 2008

14 Tahun Ihya' Ramadhan Di Serambi Mekah



Alhamdulillah, syukur tidak terhingga ke hadrat illahi ku panjatkan, kerana dengan limpah kurnia dan izinya, aku masih lagi diberikan ruang dan kesempatan untuk meneruskan ibadat puasa dengan dengan jayanya. Sedarkah kita semua, bahawa kita sudah pun berada di penghujung bulan Ramadhan. Hampir 25 hari sudah kita menjalankan tangunggjawab sebagai seorang hamba kepada sang pencipta iaitu Allah S.w.t. Disni, Putera_Kelate ingin berkongsi satu perkara yang cukup menarik untuk tatapan pengungjung blog ini, iaitu “Kemeriahan Sambutan Ihya’ ramadhan di Kelantan”

Sepanjang ramadhan, Putera_Kelate diberikan kesempatan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan bulan Ramadan dengan menunaikan solat sunat terawih di Qaryah Terawih di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Ia satu pengalaman baru, yang boleh dikongsikan bersama pengungjung ilhamrasa, yang belum pernah Putera_Kelate rasakan.

Khemah terawih atau Qaryah Terawih ini telah bermula sejak tahun 1994. Tapak asal khemah ini ialah di perkarangan Dataran MPKB-BRI bersebelahan dengan perkarangan Stesyen Bas SKMK di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Bermula dengan ukuran khemah bersaiz 12’ X 18’. Kemudahan ini disediakan untuk memberikan peluang kepada musafir untuk berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat terawih. Di awal permulaan program ini, ia tidak mendapat sambutan yang menggalakan.


Namun begitu, pandangan dan persepsi masyarakat sudah mula berubah, mereka sudah mula tertarik dengan konsep yang pendekatan yang digunakan. Setelah hamper sebelas tahun program ini berlangsung dan bertapak di Dataran MPKB-BRI, maka pada tahun 2005 tapak program ini terpaksa dipindahkan ke Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, ekoran dataran tersebut terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kepada program pembangunan di Bandar Kota Bharu. Penerusan program ini ditapak perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV ini lebih selesa, telah mendapat sambuatan yang menggalakkan. Hasil dari sambuatan hangat yang diberikan, pihak penganjur telah menambah bilangan khemah kepada yang lebih besar bagi memberikan keselesaan untuk jemaah berbuka dan menunaikan solat sunat terawih. Pada tahun 2006, khemah ini telah diberi nama “Maidatul Rahman”.

Sambuatan yang berterusan dari masyarakat setempat telah menyebabkan pihak penganjur terpaksa membuat perubahan, hasilnya pada tahun 2007 khemah terawih sekali bertukar wajah apabila pihak penganjur MPKB-BRI menggunakan khemah besar yang bersaiz 3200 kaki yang dilengkapi dengan sisteam penyaman udara yang dapat menampung kira-kira 650 orang jemaah dalam satu masa.

Pada tahun 2008, program ini merupakan satu program mega yang dijalankan oleh pihak kerajaan negeri, bersempena dengan Tahun Melawat Kelantan 2008 yang bermotokan “Ihya’ Ramadhan di Serambi Mekah”.

Tajuknya sahaja, boleh menggamit pengalaman baru buat seluruh rakyat Kelantan. Ternyata motto ini bukan omogan kosong. Ini dibuktikan melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jamuan berbuka puasa kepada semua, solat terawih diimankan oleh iman yang didatangkan khas dari timur tengah, tazkirah antara dua salam oleh tokoh ugama yang berkaliber (antara yang pernah bagi tazkiran Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Guru MB Kelantan, Ahli Exco Kerajaan Negeri, TOk-Tok Guru Pondok), Qiam & Jejak Lailatur Qadar, Relay to Quran, Forum dan Bicara Agama, Sambutan Nuzul Al-Quran dan bermacam-macam lagi aktiviti yang dijalankan untuk mermeriahkan lagi sambutan Ramadhan. Program yang dianjurkan ini, dijalankan sepanjang malam tanpa henti, bagi memeriah sepanjang malam di bulan Ramadhan.

Apa yang membanggakan seluruh rakyat kelantan ialah, pengisian program ini dapat ditonton oleh seluruh rakyat di dunia melalui
www.kelantan.tv. Ini merupakan satu kejayaan bagi seluruh rakyat kelantan amnya. Ternyata barisan kepimpinan Ulama’ telah membuktikan bahawa mereka pun boleh mentadbir dan memerintah negeri. Program ini telah menjadi salah satu acara rasmi kerjaan negeri. Ini bertepatan dengan konsep yang diamalkan iaitu "Membangung Bersama Islam"


Sesungguhnya program yang di jalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, seharusnya mendapat pengiktifaran dari semua rakyat Kelantan. Program yang dibuat ini adalah bertujuan untuk memerihakan lagi sambutan bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadhan. Selain itu, ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertqawa dengan kesempatan kehadiran bulan Ramadhan ini Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelancong untuk menyertai program Ihya’ ramadhan melalui pakej-pakej yang disediakan secara terancang dan sempurna.

Ternayata kedatangan ramadhan pada kali ini sedikit sebanyak memberikan 1001 rahmad buat diri Putera_kelate. Putera_Kelate Berharap agar Allah memberikan peluang sekali lagi, untuk Putera_kelate bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan. Amin……

0 comments: