Saing kok kedai kopi, mudah benar kito nok ambik,
Nok saing sejati payoh benar kito nok milik,
Loni hok dok jadi, supo kache lupo kulik"
Bila ada waktu sahaja waktu yang terluang, putera akan mengambil sedikit masa yang ada untuk mendegar lagu ini. Walaupun lagu ini hanyalah sebuah lagu dikir barat, namun bagi putera ia mempunyai maksud yang amat mendalam.
Lagu ini menceritakan bagaimana erti dan harga sesebuah persahabatan sesama insan yang bergelar manusia. walaupun lagu ini agak rancak dengan alunan moden muzik ditambah dengan kelunakkan paluang rebana ibu, anak, buah rambai, gong, canang dan tepukan tangan awak-awak dalam kumpulan dikir barat, namun ia membawa erti dan makna yang cukup besar dalam hidup putera.
Pada hari ini, putera telah belajar satu perkara yang cukup penting dalam hidup putera iaitu harga sebuah persahabatan. Sememangnya harga sebuah persahabatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, walaupun ada sesetengah orang sanggup menggunakan wang dan harta untuk membeli sebuah harga sebuah persahatan.
Sebenarnya, banyak perkara yang berkaitan dengan harga sebuah persahabatan yang sempat dipelajari oleh putera semasa menuntut di sekolah, universiti mahupun di alam pekerjaan. Melalui pengalaman yang pernah dilalui semasa bersahabat mahupun berkawan, benarlah apa yang dikatakan oleh orang tua-tua zaman dulu kala bahawa kawan ketika ketawa mudah dicari, kawan ketika menangis sukar untuk ditemui.
Hal ini bertepatan dengan lirik lagu diatas dimana untuk mencari kawan yang sanggup bersusah dan mengharungi pahit manis dengan kita bukan perkara yang mudah. Ramai yang bersahabat hanya ketika kita senang atau dengan kata lain, bila kita mempunyai sumber kewangan yang stabil. Tetapi bila waktu susah, kebanyakan mereka menjauhkan diri dari kita. Apakah erti persahabatan jika perkara seremeh ini tidak dapat diharungi bersama. Tiadalah erti sebuah persahabatan jika ia terjadi kepada diri.
"walaupun kita tidak dapat puaskan hati orang lain, cukuplah teman sejati yang sudi mendengar kata-kata diri"Sebuah persahabatan tidak boleh dinilai dengan kebendaan, tetapi ia dinilai dari sudut keikhlasan. Persahabatan adalah untuk semua dan kita harus berkorban untuk mempertahankannya. Walaupun pahit bagai hempedu diterima, ia harus ditelan dengan perlahan-lahan demi sebuah harga yang tak ternilai. Ketabahan dalam mempertahankan persahabatan lebih bermakna dari kita berusaha untuk memusnahkannya.
Bagi Putera, Harga Sebuah Persahabatan ialah keikhlasan dari lubuk hati setiap insan tanpa memilih sebarang faktor yang ada pada seseorang. Tiada manusia berada dalam keadaan sempurna selain Rasulullah S.A.W, dan tidak wajar sama sekali manusia bersikap memilih ketika bersahabat. Contohnya, ketika zaman Rasulullah, Muhammad S.A.W telah berpesan kepada semua para sahabat bahawa semua makhluk di muka bumi dicipta ALLAH S.W.T untuk bersahabat dan saling memelihara serta menghormati yang lain.
Oleh itu, Putera tidak dapat menerima jika sesebuah persahabatan itu dinilai pada wang ringgit dan pangkat. Sesungguhnya persahabatan ini tiada makna kerana tiada pengisian yang boleh membantu untuk menyuburkannya. Bagi mereka yang bersahabat seperti ini, mereka ialah orang yang lupa akan diri dan bongkak dengan kekayaan yang dicapai. Sedarlah, kekayaan dan pangkat itu adalah untuk dunia semata-mata tetapi buka ketika di akhirat kelak.
0 comments:
Post a Comment