BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 26, 2008

HAKIKAT SEBUAH CINTA..

sekadar hiasan sahaja

Cinta

Cinta.......
hadirmu dengan rasa tanpa wajah
mengocak indah dijiwa insan
membuih rindu dihujung resah

Cinta.....
kau merwarnai tujuh rasa
sayang, rindu, senyuman dan tawa
cemburu, marah dan tangis
bagai garisan tujuh pelangi
di dadamu
bahagia adalah kerabat kesetiaan mu
curang adalah punca perpisahan mu

Cinta.........
misterimu sukar dimengertikan
mengapa dalam marah masih ada sayang ?
dalam benci masih ada rindu ?
mengapa ada lara dihujung sentuhan ?

Cinta.........
yang setia tetap abadi
walaupun hajat tidak kesampaian.

-Sharifah

Sekadar lembaran ringkas yang dapat menyatakan luahan isi hati. Ku gunakan ruangan ini untuk berbicara. Bicara hati tentang pencarian sinar dalam kehidupan. Sinar kebahagiaan yang sering kita harapkan. Walaupun pada dasarnya telah kita temui sinaran itu, namun hakikatnya, kita tidak dapat menipu diri bahawa sinaran itu bagaikan samar-samar menyapa diri. Samar-samar akibat ketidaktentuan perasaan dan hati. Walaupun kita mampu menipu diri, namun kita tidak mungkin mampu menipu hati dan perasaan yang kita milikki.

Sesungguhnya, hati dan perasaan amat sukar untuk ditafsirkan. Ketidakpastian perasaan bagaikan pantai yang bergelora bila dipukul tsunami. Pantai hati acapkali bergelora apabila dihempas derita dan rindu. Ada ketika, kita berasa damai tatkala bayu pantai menampar lubuk hati ketika hadirnya insan yang tidak diundang dalam hati kita.

Jiwa sering bergelora, ketenagan hati sering dipecahkan dan dihancurkan oleh tiupan taufan kesengsaraan. Sesuatu yang tidak pernah disangka dalm kehidupan ini, pasti akan terjadi pada diri sendiri. Ada kalanya ia mampu memberikan rasa bahagia kepada hati kita, namun adakala juga, ia berhasil memberikan derita. Derita, suka dan duka inilah yang akan membawa sinar kebahagiaan kepada kita.

Walau bagaimana pun, akuilah hakikat hidup ini, perjalanan kita penuh onak dan duri bak kata lagu M. Nasir Kembara Di Tanah Gersang. Namun begitu, setiap yang dimimpi, mungkin gagal untuk kita kecapi. Sedarilah bahawa, beginilah hakikat coretan sebuah kehidupan insan yang bergelar manusia.

Banyak persoalan yang akan timbul dan akan ditimbulkan dalam kehidupan ini. Realitinya kini, hati kita sendiri. Hati inginkan kebahagiaan. Hati juga inginkan teman. Ada kalanya kita akan berjumpa dengan orang yang boleh membuatkan hati kita tergamam sehingga timbul istilah, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.

Walaupun ia terjadi kepada diri sendiri, namun tidak semestinya kita terpaksa mengikuti kehendak hati sehingga menyiksa diri, merana dan akhirnya lupa kepada diri. Ianya hanyalah satu dugaan dari Allah untuk menguji diri sama ada diri kita sempurna dari segi jasmani dan rohani, tetapi bukanlah diberikan agar kita punyai perasaan untuk bangga diri bahawa diri sudah dipunyai.

Cinta yang suci lahirnya daripada hati yang tulus suci murni, bukannya mengharapkan belas ihsan daripada seseorang, tetapi mengharapkan seseorang yang boleh memandu kita dalam mencari setitik rahmat daripada pemberi rahmat yang maha Agung.

Sekalipun tidak berbalas cinta itu, jangan putus asa dan sentiasa redha dengan ketentuan-NYA. Tentu ada hikmah disebalik setiap kejadian. Yang pasti cinta itu bukan milik kita atau milik si dia, tetapi milik yang maha Esa.

Sentiasalah berusaha mencari cinta, terutama cinta dari Illahi yang sememangnya tidak rugi jika kita miliki kerana ianya cinta yang abadi. Namun begitu walaupun cinta ini penuh dengan ranjau onak dan duri, biarlah kita tenggelam dalam cinta Illahi. Cinta Illahi, cinta yang hakiki...cinta yang sukar di cari ganti......

Coretan secebis rasa dari meja

putera_kelate @ilhamrasa



0 comments: