BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 22, 2009

LAGI-LAGI AMUKAN RED WORRIOS


KOTA BHARU- Kelantan meneruskan tekanan ke atas pendahulu Liga Super Selangor apabila menjadikan Pasukan Harimau Kumbang sebagai mangsa amukan terbaru mereka selepas mencatat kemenangan besar 4-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Turun tanpa beberapa tonggak utama, yang mengalami penggantungan Kelantan tanpak bernafsu besar apabila bermain secara menyerang sebaik saha wisel dibunyikan oleh Rosdi Shahrul.

Dibantu dengan sorakkan hampir 18 ribu peminat setia, pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk berada dihadapan. Bekas tonggak pasukan kebangsaan Norfarhan Mohamad meledak dengan jaringan pertama tuan rumah apabila bijak menyudahkan hantaran rakan sepasukan Ramzul Zahini Adnan, untuk meletakkan Kelantan mendahului dengan jaringan 1-0 pada minit ke-23.

Tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, pasukan Harimau Kumbang melalukan gerak-gerak menarik, namun digagalkan oleh ketangkasan Mohd Halim Napi.

Penyerang muda yang sedang meningkat naik Ramzul Zahini Adenan, kembali menceriakan peminat setia The Red Worrios, apabila menaduk masuk bola hasil sepakan percuma Kapten Pasukan MOhd Badri di minit ke-36 untuk meletakkan Kelantan selesa mendahului dengan jaringan 2-0.

Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan kekal memihak kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-0.

Aksi babak kedua menyaksikan red Worrios menguasai sepenuhnya permainan dan pada minit ke-56 Nor Farhan sekali membuktikan ketajaman penyudah apabila menggegarkan stadium dengan jaringan kedua peribadinya.

Kapten Pasukan Kelantan Mohd Badri Radzhi melengkapkan malam gemilang Kelantan apabila menjaringkan gol ke-4 perlawanan di minit ke 65, untuk meletakkan Kelantan selesa dihadapan dengan kelebihan 4-0.

Selesa dengan jaringan tersebut, Kelantan muda memperlahankan tempo permainan, hasrat penyokong Kelantan untuk melihat Halim Napi kebal di benteng terakhir Kelantan berkecai, apabila Mohd Norhaslan menghukum kesilapan yang dilakukan oleh Sarudy Aziz untuk memberikan gol saguhati buat pasukanya di mint-minit akhir perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut, Kelantan meneruskan tekanan keatas pendahulu Liga Super, selangor yang hanya dibezakan dengan jaringan gol sahaja.

Monday, November 3, 2008

ALAM BARZAKH SATU KEPASTIAN




Gambar Hiasan



MENANTI DI BARZAKH

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

(Lagu Kumpulan Far east)




Mati ialah perpisahan roh daripada jasad dan merupakan satu kepastian. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan mati termasuklah diri kita ini. Mati juga adalah proses perpindahan daripada kehidupan di alam dunia ke alam barzakh. Barzakh pula bermaksud pemisah yang merupakan alam bagi orang yang telah meninggal dunia sementara menunggu hari kebangkitan semula pada hari kiamat.



Ketika berada di alam barzakh, manusia akan disoal mengenai amalan-amalannya semasa hidup di dunia. Bagi mereka yang melakukan amalan soleh akan selamat dan bahagia di alam barzakh, manakala orang yang ingkar kepada Allah akan hidup sengsara.



Salah satu hadis daripada Nabi ialah yang bermaksud:

Sesungguhnya kubur itu satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang api neraka”

Kehidupan Di Alam Barzakh

1) Orang mukmin yang taat seperti menunaikan solat fardhu dan patuh kepada ibu bapa serta melakukan amalan baik yang lain akan dilapangkan kubur mereka seluas tujuh puluh hasta. Selain itu, mereka juga akan dilayan dengan baik oleh para Malaikat. Kehidupan mereka seumpama di taman syurga dan dijanjikan dengan ganjaran syurga yang akan diterima di akhirat kelak.

2) Sebaliknya bagi orang yang fasik akan dihimpit oleh kubur sehingga tulang rusuk kanan bertemu dengan tulang rusuk kiri. Kemudian akan datang kepada mereka binatang-binatang berbisa seperti ular dan kala jengking yang akan mematuk dan menyengat mereka sehingga ke hari kiamat.



Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu sedang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."



Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai kematian dan hubungannya dengan malaikat maut.

Enam perkara yang Allah sembunyikan:

- Allah menyembunyikan redhaNya dalam taat

- Allah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat

- Allah menyembunyikan namaNya Yang Maha Agung dalam Al-Quran

- Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan

- Allah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat yang lima waktu

- Allah menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat dalam semua hari

Amalan Menghadapi Mati

  1. Bertaubat dan beristighfar kepada Allah
  2. Melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya
  3. Berbuat kebaikan dan berkasih sayang sesama manusia
  4. Amar Makruf Nahi Mungkar dalam masyarakat
  5. Memberikan sumbangan ke arah kemajuan negara Islam

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: ”Jika orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya.


Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril a.s akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa yang sama orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.



Oleh itu, kita sebagai hamba yang hina di muka bumi ini sentiasa perlu bersedia menghadapi kematian kerana kita tidak boleh lagi kembali ke dunia ini setelah mati. Sentiasalah kita berdoa semoga diri kita, keluarga kita, semua umat Islam selamat daripada azab kubur dan seksaan api neraka. Kematian yang Allah tetapkan tidak dapat kita elakkannya kerana apabila kematian seseorang itu telah tiba, maka tidak tertangguh sedikitpun walau sesaat. Semoga di saat kematian itu, nyawa kita dapat keluar dengan mudah dan tenang ketika Malaikat Maut mengambilnya dan mudah menjawab soalan Malaikat Mungkar dan Nakir. Amin Ya Rabbal Alamin......




Friday, October 17, 2008

Mandi wajib

Assalamualaikum...

Saya ingin Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM,
Cara-cara Mandi wajib yg betul


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3 perkara.


Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.



Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.


Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Rukun mandi wajib yang ke2,


iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Rukun mandi wajib yang ke3,


meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..


Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Diharapkan dengan ilmu yang ada ini,dapatlah membantu kita
dalam menambahkan ilmu kita sedikit sebanyak...

"Yang baik itu datang dari Allah dan
yang Buruk itu adalah kelemahan diri saya"

Hadiah Buat Muslimah naskhah wajib wanita


SEORANG muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata. Apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri.

Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bistari. Seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka, menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi seisi buana.

Begitu indah salam perkenalan di permulaan buku Hadiah Buat Muslimah, Panduan Asas Fiqah Wanita tulisan pendakwah bebas, Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman.

Buku terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ini menyediakan persiapan ilmu bagi kaum muslimah dalam mengharungi hidup yang dihambat pelbagai agenda rumit dan sukar.

Menurut Siti Nor Bahyah, muslimah pada masa ini disifatkan sebagai antara komponen masyarakat yang perlu memiliki ilmu fardu ain yang komprehensif.

"Semua sedia maklum, kaum wanita lebih rapat dengan anak-anak, dan mereka juga menjadi pengurus dalam rumah tangga bahkan mereka juga menjadi pembantu kepada suami.

"Sehubungan itu amat manis jika rohani dan jasmani mereka dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan Islam yang bersumberkan syariat bagi menjana kehidupan lebih sejahtera di dunia dan akhirat," ujarnya.

Tambah beliau, ibadah perlu dilakukan dalam keadaan berilmu supaya ia sah di sisi Allah SWT dan jangan sekali-kali beramal dalam keadaan jahil.

Buku ini terbahagi kepada 11 Bab, Islam dan wanita, Wanita dan Bersuci, Wanita dan Solat, Wanita dan Puasa, Wanita dan Zakat, Wanita dan Haji, Wanita dan Perkahwinan, Wanita dan Pergaulan, Wanita dan Perhiasan, Wanita dan Kewajipan Dalam Islam, dan Perbezaan wanita Islam dan Agama Lain.

"Memandangkan kehidupan seharian wanita sentiasa dipenuhi dengan kesibukan amat wajar mereka menjadikan buku ini sebagai panduan seharian," ujarnya.

Tambah Siti Nor Bahyah, menjadi kebiasaan wanita, bangun seawal pagi, menyibukkan diri dengan urusan rumah tangga, dan kemudian mengurus kerja di pejabat yang tidak pernah selesai.

"Beruntung jika wanita itu ikhlas dengan amalannya. Malah setiap gerakan sendi-sendinya membuahkan pahala kerana semua yang dilakukannya dianggap ibadah oleh Allah. Allah menjanjikan syurga bagi yang taat kepada suami dan sempurna ibadahnya, maka masuklah dia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya," kata beliau.

Siti Nor Bahyah memberitahu, buku ini turut memberi ruang kepada muslimah mencari kebaikan dalam menuntut ilmu kerana ia mempunyai pengertian yang mendalam dan perlu dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.

"Setiap daripada kita perlu tahu apa itu ilmu beribadah kerana ibadah itu terpimpin dengan syariat, ibadah mendapat pahala dan tidak sia-sia, Tidak berlaku penyelewengan akidah, tahu dan sedar apa yang dikerjakan dan faham sebab dan akibat melakukan sesuatu.'' ujarnya lagi.

Pengisian Hadiah Buat Muslimah menggariskan segala yang terbaik dilakukan seorang muslimah sejati.

Jika cetek pengetahuan tentang puasa, zakat, peranan isteri, datang haid, kekeliruan dalam rumah tangga inilah buku yang anda harus baca.

Ia bukan sekadar untuk wanita bergelar isteri, ibu, kakak dan ibu saudara semata tetapi molek dimiliki seluruh keluarga.

Ia menjadi pembimbing dan pemangkin kesedaran terhadap ilmu akhirat dalam kehidupan wanita. Segala doa yang tidak mampu dihafal ada terkandung dalam buku ini.

Begitu juga semua jenis panduan surah yang boleh dijadikan ikutan dan amalan bagi mencari ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Panduan berumah tangga juga lengkap terisi dalam buku ini. Apa yang patut dilakukan seorang wanita untuk bergelar isteri solehah, ibu mithali dan wanita sejati.

Juga hukum wanita di dalam beberapa perkara berbanding wanita agama lain. Perbezaan yang dimaksudkan bukan memburukkan sesiapa tetapi sekadar dijadikan pengetahuan agar wanita dapat membezakan dan lebih memahami kedudukan dan hak-hak mereka.

Sehubungan itu, kupasan dalam Hadiah Buat Muslimah Panduan Asas Fiqah Wanita mampu memantapkan pengetahuan anda dalam memenuhi tanggungjawab sebagai wanita di dunia dan akhirat.

Seperti penutup kata di bahagian akhir buku ini, "kesempurnaan seseorang manusia itu dapat dilihat dari jauh dan dekatnya kepada Allah. Pendekatan ini hanya mampu dicapai dengan ilmu pengetahuan. Selama ilmunya cukup banyak dan sempurna, maka ia semakin dekat kepada Allah dan semakin menyerupai malaikat." (Imam al-Ghazali)

Buku terbitan Telaga Biru ini dijual dengan harga RM30 (Semenanjung Malaysia) dan RM32 (Sabah dan Sarawak). Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-62754070 atau layari laman web www.telagabiru.net.my. - NORMALA HAMZAH

Friday, October 10, 2008

Adab Bercinta Dalam Islam

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn BhdDalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.
Cinta Sebelum KahwinCinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.
Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan.
Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah.
Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.Cinta Selepas BertunangKebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus.
Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri.
Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.Cinta Selepas KahwinAllah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.
Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin.
Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Seharusnya Cinta…Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan.
Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan.
Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Idilfitri



Salam Kemaafan Ku Hulurkan
Buat Seluruh Warga Pengungjung Blog Ini

Maaf Zahir Dan Batin

Wednesday, September 24, 2008

14 Tahun Ihya' Ramadhan Di Serambi Mekah



Alhamdulillah, syukur tidak terhingga ke hadrat illahi ku panjatkan, kerana dengan limpah kurnia dan izinya, aku masih lagi diberikan ruang dan kesempatan untuk meneruskan ibadat puasa dengan dengan jayanya. Sedarkah kita semua, bahawa kita sudah pun berada di penghujung bulan Ramadhan. Hampir 25 hari sudah kita menjalankan tangunggjawab sebagai seorang hamba kepada sang pencipta iaitu Allah S.w.t. Disni, Putera_Kelate ingin berkongsi satu perkara yang cukup menarik untuk tatapan pengungjung blog ini, iaitu “Kemeriahan Sambutan Ihya’ ramadhan di Kelantan”

Sepanjang ramadhan, Putera_Kelate diberikan kesempatan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan bulan Ramadan dengan menunaikan solat sunat terawih di Qaryah Terawih di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Ia satu pengalaman baru, yang boleh dikongsikan bersama pengungjung ilhamrasa, yang belum pernah Putera_Kelate rasakan.

Khemah terawih atau Qaryah Terawih ini telah bermula sejak tahun 1994. Tapak asal khemah ini ialah di perkarangan Dataran MPKB-BRI bersebelahan dengan perkarangan Stesyen Bas SKMK di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Bermula dengan ukuran khemah bersaiz 12’ X 18’. Kemudahan ini disediakan untuk memberikan peluang kepada musafir untuk berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat terawih. Di awal permulaan program ini, ia tidak mendapat sambutan yang menggalakan.


Namun begitu, pandangan dan persepsi masyarakat sudah mula berubah, mereka sudah mula tertarik dengan konsep yang pendekatan yang digunakan. Setelah hamper sebelas tahun program ini berlangsung dan bertapak di Dataran MPKB-BRI, maka pada tahun 2005 tapak program ini terpaksa dipindahkan ke Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, ekoran dataran tersebut terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kepada program pembangunan di Bandar Kota Bharu. Penerusan program ini ditapak perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV ini lebih selesa, telah mendapat sambuatan yang menggalakkan. Hasil dari sambuatan hangat yang diberikan, pihak penganjur telah menambah bilangan khemah kepada yang lebih besar bagi memberikan keselesaan untuk jemaah berbuka dan menunaikan solat sunat terawih. Pada tahun 2006, khemah ini telah diberi nama “Maidatul Rahman”.

Sambuatan yang berterusan dari masyarakat setempat telah menyebabkan pihak penganjur terpaksa membuat perubahan, hasilnya pada tahun 2007 khemah terawih sekali bertukar wajah apabila pihak penganjur MPKB-BRI menggunakan khemah besar yang bersaiz 3200 kaki yang dilengkapi dengan sisteam penyaman udara yang dapat menampung kira-kira 650 orang jemaah dalam satu masa.

Pada tahun 2008, program ini merupakan satu program mega yang dijalankan oleh pihak kerajaan negeri, bersempena dengan Tahun Melawat Kelantan 2008 yang bermotokan “Ihya’ Ramadhan di Serambi Mekah”.

Tajuknya sahaja, boleh menggamit pengalaman baru buat seluruh rakyat Kelantan. Ternyata motto ini bukan omogan kosong. Ini dibuktikan melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jamuan berbuka puasa kepada semua, solat terawih diimankan oleh iman yang didatangkan khas dari timur tengah, tazkirah antara dua salam oleh tokoh ugama yang berkaliber (antara yang pernah bagi tazkiran Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Guru MB Kelantan, Ahli Exco Kerajaan Negeri, TOk-Tok Guru Pondok), Qiam & Jejak Lailatur Qadar, Relay to Quran, Forum dan Bicara Agama, Sambutan Nuzul Al-Quran dan bermacam-macam lagi aktiviti yang dijalankan untuk mermeriahkan lagi sambutan Ramadhan. Program yang dianjurkan ini, dijalankan sepanjang malam tanpa henti, bagi memeriah sepanjang malam di bulan Ramadhan.

Apa yang membanggakan seluruh rakyat kelantan ialah, pengisian program ini dapat ditonton oleh seluruh rakyat di dunia melalui
www.kelantan.tv. Ini merupakan satu kejayaan bagi seluruh rakyat kelantan amnya. Ternyata barisan kepimpinan Ulama’ telah membuktikan bahawa mereka pun boleh mentadbir dan memerintah negeri. Program ini telah menjadi salah satu acara rasmi kerjaan negeri. Ini bertepatan dengan konsep yang diamalkan iaitu "Membangung Bersama Islam"


Sesungguhnya program yang di jalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, seharusnya mendapat pengiktifaran dari semua rakyat Kelantan. Program yang dibuat ini adalah bertujuan untuk memerihakan lagi sambutan bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadhan. Selain itu, ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertqawa dengan kesempatan kehadiran bulan Ramadhan ini Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelancong untuk menyertai program Ihya’ ramadhan melalui pakej-pakej yang disediakan secara terancang dan sempurna.

Ternayata kedatangan ramadhan pada kali ini sedikit sebanyak memberikan 1001 rahmad buat diri Putera_kelate. Putera_Kelate Berharap agar Allah memberikan peluang sekali lagi, untuk Putera_kelate bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan. Amin……