BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 9, 2008

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."


Monday, September 8, 2008

Ramadan peluang mengislah diri

Ustaz Zainudin Hashim
Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.
Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan
* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.
Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

Friday, September 5, 2008

Wajarkah Kita Berasalan Dengan IBU

Masihkah kita ingat ketika berumur 1 tahun, Ibulah yang menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tetapi kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Masihkah kita ingat ketika berumur 3 tahun, Ibulah yang menyediakan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Tetapi kita balas budinya dengan menumpahkan makanan keatas lantai.

Masihkah kita ingat ketika berumur 4 tahun, Ibulah yang membelikan crayon, Tetapi kita balas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Masihkah kita ingat ketika berumur 5 tahun, Ibulah yang membelikan baju baru untuk beraya, Tetapi kita membalasnya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh dalam lopak.

Bila umur sudah cukup 7 tahun, Ibulah yang menghantar kita ke sekolah, tetapi kita balas budinya dengan menjerit dan menangit kerana tidak mahu ke sekolah.

Umur 10 tahun, ibu hantar kita ke kelas tuisyen, bawa beli belah, hantar ke rumah kawan. Namun kita tidak pernah menoleh ke belakang dan mengucapkan “Terima Kasih” kepadanya setiap kali menghantar kita.

Semasa umur 12 tahun, ibu nasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton tv, tetapi kita balasnya dengan menonton tv sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

Apabila umur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan, tetapi kita membalasnya budinyadengan berkataibu tak ada “taste”.

Bila umur 16 tahun (baligh), ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja seharian, tetapi kita membalasnya dengan mengunci diri dan bersendirian dalam bilik.

Apabila umur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis kegembiraan. Kita membalasnya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana “enjoy” dan “celebrate” dengan kawan-kawan.

Umur 19 tahun, ibu belanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg sampai ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan bersalam hanya diluar hostel kerana malu dilihat kawan-kawan

Bila umur dah cukup 20 tahun, ibu bertanya dengan penuh prihatin, adakah kita ada “boyfriend” atau “girlfriend”. Kita membalas budinya dengan “ Ibu ni kepoh lah”

Apabila umur 23 tahun, kita dapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu belikan baju baru untuk kita mulakan kerja baru, namun kita balasnya dengan beritahu kawan-kawan bahawa baju ini tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Umur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300 km jauh dari ibu.

Apabila umur 40 tahun, ibu telefon dan maklumkan tentang majlis kenduru di kampong, kita balas budinya dengan berkata “maaflah saya sibuk, banyak kerja nak buat”

Bila umur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan belaian, penjagaan dan kasih sayang dari kita, namun kita membalasnya dengan dating melawat ibu sekali dengan membawa sedikit epel dan merungut tetang kesibukkan bekerja dan terpaksa balik segera.

Kemudian suatu hari, ibu meninggal dunia dan kita tidak sempat untuk membalas kesemua jasa ibu. Ingatlah ! selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Ibu saya sayang ibu……

SEMOGA KISAH INI MENJADI TAULADAN BUAT KITA SEMUA, DAN MINTA SUPAYA DIJAUHKAN KITA MENJADI ANAK SEPERTI DI ATAS (NAHUZUBILLAH)

Hikmah Berpuasa

Asslamualaikum

Sedar atau tidak kita sudah pun 6 hari kita berada didalam bulan ramadhan, bulan penuh dengan keberkatan dan rahmat. Bulan dimana semua umat Islam menjalani ibadah selaras dengan tuntutan Rukun Islam yang Ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur Alahamdulillah kerana, saya dan jemaah sekalian masih lagi diberikan peluang untuk menjalani ibadat puasa serta sama-sama berada dalam bulan penuh keberkatan ini.

Dikesempatan ini, Putera_Kelate ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang hikmah kenapa kita disyariatkan untuk berpuasa. Sebelum kita pergi lebih jauh, kita semua perlu tahu apa itu yang dimaksudkan dengan puasa. Secara umumnya, puasa bermaksud menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Ta’ala. Begitu juga dengan hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.

Hikmah Puasa :

  1. Sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah diatas nikmat dan pemberiaNya yang tidak terhingga.
  2. Mengutakan iman kita kepada Allah s.w.t lerana iman kepadaNya menyebakan kita menahan diri daripada segala keinginan nafsu shawat pada siang hari sepanjang bulan puasa.
  3. Sebagai medium untuk memberikan pendidikan kepada jiwa supaya mentaati segala suruhan Allah.
  4. Menginsafi diri bahawa kita adalah hamba Allah yang lemah disisiNya.
  5. Melatih supaya menjadi orang yang muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah) iaitu orang yang dapat menahah diri daripada menurut hawa nafsu.
  6. sebagai medium untuk melahih diri supaya bersifat sabar, kuta dan tahan menghadapi segala cubaan, kesushan dan kesengsaraan yang dating menimpa.

Monday, September 1, 2008

Memori Berpuasa Di Perantauan

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, selaut kesyukuran Putera_Kelate panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya masih lagi berikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat bagi seluruh umat Islam. Hari ini tanggal 1 September 2008 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1429, merupakan hari pertama kita semua berpuasa. Pasti pelbagai cabaran dan dugaan yang kita akan tempuhi sepanjang sebulan menjalankan ibadat ini, untuk memenuhi tuntutan kita sebagai hamba Allah.

Bagi Putera_Kelate, setiap kali tiba bulan Ramadhan, pasti akan mengamit atau mengembalikan memori masa lalu yang cukup indah untuk dikongsikan bersama pembaca. Dikesempatan Ramadhan kali ini, Putera_Kelate ingin berkongsi pengalaman berpuasa di perantauan semasa, Putera_Kelate menuntut di universiti. Satu pengalaman yang cukup menarik, dan tidak mungkin akan dilupakan sepanjang hidup Putera_Kelate.

Sepanjang menutut di Universti Utara Malaysia (UUM), Putera_Kelate telah diberikan peluang untuk merasa nikmat berpuasa di perantauan, dimana pengalaman baru yang belum pernah dirasai oleh Putera_Kelate sebelum ini. Banyak catatan menarik suka dan duka telah dirakamkan sepanjang berada di perantauan dan pengalam berpuasa sebagai seorang mahasiswa.

Pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan oleh Putera_Kelate sepanjang berpuasa sebagai seorang perantau ialah semasa Putera_Kelate, menuntut ditahun ke-2. Ramadhan di tahun ke-2, bergelar mahasiswa banyak memberikan pengalaman dan pengjaran buat Putera_Kelate, erti keperitan sebuah kehidupan, persahabatan dan macam-macam lagi pengalaman baru. Kedatangan Ramadhan, di tahun itu, disambut ketika semua pelajar bertungkus lumus dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Banyakkan satu pengalaman baru yang terpaksa ditempuhi.

Antara pengalaman baru yang boleh dikongsi bersama ialah, pengalaman menyediakan juadah untuk bersahur beramai-ramai. Satu pengalaman baru yang dikutip oleh Putera_Kelate sepanjang bergelar Mahasiswa. Barulah Putera_Kelate tahu betapa susah menyediakan juadah untuk bersahur, kalau dirumah bagun terus boleh makan, sebab semuanya telah disediakan oleh mak, tapi bila berada diperantauan semuanya kita kena lakukan sendiri. Inilah antara cabaran yang terpaksa di tempuh oleh Putera_Kelate.

Kenangan yang paling sukar untuk dilupakan Putera_Kelate ialah terpaksa menyediakan juadah berhasur untuk 10 orang makan. Susah jugak untuk berbuat demikian. Tapi bantuan rakan-rakanlah yang banyak membantu dalam meringakan beban ini. Menu utama masakan kami ialah kari dalam tin dan sardin beserta dengan telur. Hari-hari kami menghadap makanan tersebut. Tapi apa boleh buat itu jer rezeki kami, bukan untuk mengeluh tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman suka dan duka sebagai seorang pelajar.

Makan makanan yang samalah yang telah menyebabkan, kami semua sakit perut selama seminggu, tapi tak per, kami buat tak tahu jer. Banyakkanlah tengah-tengah jawab exam final perut memulas, tapi kami tetap teruskan perjuangan di dewan peperiksaan. Bukan sorang yang kena, tapi semua yang makan makanan tersebut, terkena tempiasnya. Kadang-kadang bila terkenang kembali manis juga pengalaman tersebut. Namun begitu, kami masih lagi diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut…

Cerita ini akan bersambung pada coretan yang akan datang.

Puasa

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, selaut kesyukuran Putera_Kelate panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya masih lagi berikan kesempatan untuk kita semua bertemu dengan penghulu segala bulan iaitu Bulan Ramadhan. Satu bulan yang penuh beberkatan bagi umat manusia khususnya umat Islam dimana setiap kerja kebajikan dilakukan maka pahala akan digandakan.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak atau penghulu segala bulan, sebenarnya adalah satu anugerah yang sangat besar dari Allah S.W.T untuk seluruh umat Islam, tetapi ia akan cukup bermakna bila kita menghargai sepenuhnya kedatangan bulan tersebut.

Dalam satu hadith yang berbunyi “ Sekiranya manusia mengetahui apakah itu ramadhan, maka seluruh umatku akan berkeinginan bahawa sepanjang tahun itu Ramadhan.” Setiap orang faham bahawa untuk berpuasa sepanjang tahun adalah perkara yang sangat susah, tetapi apabila dibandingan dengan pahala bulan Ramadhan, Rasulullah mengatakan bahawa ramai orang akan bercita-cita untuknya.

Berdasarkan kenyataan ini, jelas menunjukkan bahawa, kedatangan bulan Ramadhan sangat penting bagi kita umat manusia, khususnya umat Islam. Kita semua patut bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk bertemu dengan Ramadhan. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini, kita dapat manfaatkan sepenuhnya dengan amal soleh yang dapat membantu memimpin kita kearah kebenaran dan jadikanlah pertemuan dengan Ramadhan kali ini, sebagai pertemuan yang terakhir. Ini kerana, kita semua belum tentu lagi dapat bertemu dengan Ramadhan untuk tahun hadapan. Jadi manfaatlah peluang yang ada ini dengan sebaik-baiknya..

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN & SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA